2009-02-13

Tidur sebagaimana sunnah Rasullullah

"Seorang yang berusia 60tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuktidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, makatidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yangdilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allahswt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yangdiamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseoranguntuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya,jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akandapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapatmengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liurbasi.Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1.Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkandoa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikanadalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3.Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malamitu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5.Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akanmengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalahsebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutangpiutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyaklagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelumtidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.


(p.s :)Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan